Wn/ms/Britian memasuki kemelesetan ekonomi, KDNK menjunam lebih 20%

< Wn | ms
Wn > ms > Britian memasuki kemelesetan ekonomi, KDNK menjunam lebih 20%

12 Ogos 2020 (Rabu)


London - Britian secara rasmi memasuki kemelesetan ekonomi apabila keluaran dalam negara kasar nya (KDNK) menjunam 20.4% pada suku kedua bagi tahun 2020 sekaligus menjadikan ini kali pertama Britian memasuki kemelesetan ekonomi sejak krisis kewangan pada tahun 2008 dan 2009.

Ini merupakan kemerosotan paling besar direkodkan oleh negara yang mempunyai ekonomi besar.

Walau bagaimana pun, KDNK Britian telah naik sebanyak 8.7% pada bulan Jun selepas kerajaannya telah pengurangkan perintah "lockdown".

Sumber

edit


Kongsikan berita ini