20 Jun 2020 (Sabtu)
Rio de Janeiro - Brazil menjadi negara kedua untuk melepasi angka 1 juta dalam jumlah kes Covid-19 semalam. Kementerian Kesihatan negara itu memberitahu bahawa negara itu merekodkan 54,771 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Setakat ini, jumlah kes di Brazil ialah 1,032,913 kes dengan 48,954 kes kematian, kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat.
Sumber
edit- "COVID-19: Kes jangkitan di Brazil melepasi angka 1 juta" — Berita Harian, 20 Jun 2020