Wn/ms/Beberapa akaun di Twitter digodam

< Wn | ms
Wn > ms > Beberapa akaun di Twitter digodam

16 Julai 2020 (Khamis)


San Francisco - Beberapa akaun rasmi digodam oleh seorang pihak yang mahu memperdaya pengguna untuk mengirim mata wang kripto kepada mereka. Antara akaun yang digodam ialah akaun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama, bekas Timbalan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Uber, pengasas bersama Microsoft, Bill Gates, firma khusus bitcoin, Elon Musk dan banyak lagi.

Penyelaras kempen Biden memberitahu, Twitter sudah mengunci akaun yang digodam itu dan memadam semua ciapan palsu berkenaan.

Susulan kejadian, Twitter bertindak menghalang akaun terjejas daripada menghantar sebarang ciapan selama kira-kira dua jam, sementara mereka mengatasi perkara itu.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini