Wn/ms/Bank Dunia luluskan pakej ransangan ekonomi Nigeria berjumlah RM5.8 bilion

< Wn | ms
Wn > ms > Bank Dunia luluskan pakej ransangan ekonomi Nigeria berjumlah RM5.8 bilion

14 Jun 2024 (Jumaat)

Bank Dunia telah meluluskan bantuan pinjaman sejumlah $2.25 bilion (RM5.8 bilion) kepada Nigeria bertujuan untuk membantu menstabilkan ekonomi berikutan langkah reformasi yang diperkenalkan dalam memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Bank Dunia.
Imej: UKinUSA.

"Bank Dunia hari ini telah meluluskan dua pakej ransangan ekonomi: $1.5 bilion untuk Pembaharuan Nigeria bagi Penstabilan Ekonomi untuk Memacu Program Pembiayaan Polisi Pembangunan Transformasi (RESET) dan $750 juta untuk Program Hasil Pembaharuan Mobilisasi Percepatkan Sumber Nigeria (ARMOR)."

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kebergantungan hasil bukan minyak negara dan melindungi hasil minyak mentah, sekali gus menggalakkan kemampanan fiskal dan membolehkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti.

Menteri Kewangan dan Menteri Penyelaras Ekonomi, Wale Edun berkata kerajaan telah melakukan pembaharuan yang berani bagi memulihkan kestabilan makroekonomi dan meletakkan Nigeria ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif. "Pembaharuan ini bakal mencipta peluang pekerjaan yang berkualiti dan peluang ekonomi kepada semua rakyat Nigeria," katanya.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini