Wn/ms/Axiata, Sinar Mas bincang potensi penggabungan

< Wn | ms
Wn > ms > Axiata, Sinar Mas bincang potensi penggabungan

16 Mei 2024 (Khamis)

Kuala Lumpur - Kumpulan Axiata Berhad (Axiata) mengesahkan bahawa mereka sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi dari Indonesia, PT Sinar Mas berkaitan potensi penggabungan antara anak syarikat PT XL Axiata Tbk dan PT Smartfren Telecom Tbk menerusi perjanjian tidak terikat yang telah ditandatangani pada Rabu lepas, bagi mewujudkan entiti baru (MergeCo).

XL Axiata.
Imej: XL Axiata.

Potensi penggabungan ini masih lagi di peringkat penilaian awal, menurut kenyataan yang dikeluarkan Axiata kepada Bursa Malaysia. "Dengan matlamat untuk menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang kuat di Indonesia, potensi penggabungan di antara XL Axiata dan Smartfren ini dijangka akan menawarkan keseimbangan, kompetensi, kewangan dan pengalaman telekomunikasi yang mendalam dari Axiata serta pengalaman berkaitan pasaran yang dimiliki Smartfren untuk memberikan lebih tambah nilai. Kedua-dua badan ini dijangka mempunyai pengaruh yang sama dalam memacu keputusan strategik dan operasi untuk MergeCo, yang diperkuatkan dengan kekuatan yang mereka miliki sekarang ini."

XL Axiata, tersenarai dalam dagangan saham Indonesia merupakan aset terbesar Axiata, di mana terdapat lima portfolio utama yang dijalankan di sana - XL Axiata, Link Net, edotco, Boost dan ADA. XL Axiata juga merupakan penyedia telekomunikasi ketiga terbesar di Indonesia, dengan 58 juta pelanggan. Menurut kenyataan itu lagi, Axiata menyatakan bahawa Sinar Mas terdiri daripada PT Wahana Inti Nusantara, PT Global Nusa Data dan PT Bali Media Telekomunikasi.

Kerajaan Indonesia sangat menggalakkan penyedia telekomunikasi untuk bergabung bagi meningkatkan keuntungan dan memacu pembangunan infrastruktur. Dengan permintaan terhadap penggunaan data yang semakin meningkat, setiap penyedia telekomunikasi perlu meningkatkan pelaburan terhadap pembangunan infrastruktur. Pada tahun 2021, syarikat telekomunikasi Qatar, Ooredoo dan konglomerat Hong Kong, CK Hutchison Holdings bersetuju untuk penggabungan anak syarikat mereka di Indonesia, Indosat Oredoo dan Hutchison 3 Indonesia - yang membentuk Indosat Ooredoo Hutchison.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini