Wn/ms/Apple perkenalkan macOS Sequoia dengan ciri kecerdasan buatan

< Wn | ms
Wn > ms > Apple perkenalkan macOS Sequoia dengan ciri kecerdasan buatan

11 Jun 2024 (Selasa) Apple mengumumkan sistem pengendalian baharu mereka, macOS Sequoia semasa dalam acara Worldwide Developers Conference (WWDC) awal pagi tadi. Antara ciri utama yang terdapat dalam sistem pengendalian baharu itu ialah Apple Intelligence dan kawalan terus iPhone dari Mac.

Apple Store Taipei.
Imej: MiNe.

Ciri utama pada macOS Sequoia ialah pengenalan kepada Apple Intelligence. Menurut Apple, itu merupakan ciri yang ditawarkan merentasi Mac, iPhone dan iPad yang menggabungkan janaan model generatif dengan konteks peribadi sebagai menterjemahkan kepintaran yang berguna dan relevan kepada seseorang pengguna. Selain macOS Sequoia, ciri AI itu juga akan diperluaskan kepada sistem pengendalian iOS 18 dan iPadOS 18 yang juga baru diperkenalkan.

Keupayaan mengawal dan mengakses iPhone secara terus dari macOS tanpa wayar juga diperkenalkan dalam sistem baharu itu. Ciri ini membolehkan pengguna melihat paparan pada iPhone mereka terus dari Mac, seperti melihat teks mesej, mengawal peranti iPhone dengan menggunakan paparan kekunci dan tetikus serta merespon segera notifikasi yang dihantar ke iPhone secara terus dari Mac.

Fasa beta pembangunan bagi sistem pengendalian ini akan mula ditawarkan menerusi Program Pembangun Apple bermula hari ini. Manakala ciri Apple Intelligence hanya ditawarkan kepada komputer Mac yang menggunakan mikropemproses M sahaja.


Sumber

edit


Kongsikan berita ini