12 Julai 2020 (Ahad)
Ampang kini mahu menetapkan sasaran untuk mendapatkan status bandar raya menjelang 2021. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, banyak projek pembangunan sedang dijalankan bagi merealisasi misi tersebut. Antara projek yang dilaksanakan adalah seperti sebuah kolam renang, pusat kawalan dan mengalihkan beberapa tempat medan selera untuk diperkemas dan dibersihkan.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sudah memenuhi syarat seperti mempunyai jumlah penduduk melebihi 500,000 orang dan mencatat hasil sebanyak RM100 juta.
Sumber
edit- (Melayu) "Ampang jadi bandar raya tahun depan?" — Harian Metro, 11 Julai 2020