Wn/ms/Agong berkenan bersantap di Nasi Lemak Wanjo sempena Hari Keputeraan

< Wn | ms
Wn > ms > Agong berkenan bersantap di Nasi Lemak Wanjo sempena Hari Keputeraan

5 Jun 2024 (Rabu)

KUALA LUMPUR - Empunya kedai makan Nasi Lemak Wanjo yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur mungkin tidak menyangka pengunjung yang datang di kedainya itu ialah Yang di-Pertuan Agong itu sendiri, Sultan Ibrahim. Bersempena dengan Hari Keputeraan baginda pada Isnin, baginda mencemar duli berangkat ke Kampung Baru untuk santapan sarapan pagi.

Sultan Ibrahim (2019)
Imej: United States Embassy Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, "Seri Paduka Baginda berkenan santap di Nasi Lemak Wanjo, dan keberangkatan tiba Baginda nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang hadir."

Tambahnya lagi, "Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata."

Menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pula, dapat dilihat Baginda memesan nasi lemak berlaukkan paru goreng dan sebiji telur rebus serta teh panas sebagai menu santapan sarapan pagi. Terdapat juga momen di mana Baginda membuat isyarat bagus terhadap makanan yang dipesannya.

Menyelusuri di bahagian komen, rata-ratanya meluahkan rasa kegembiraan mereka melihat Sultan Ibrahim mencemar duli dan meluangkan masa bersama rakyat jelata. Antara yang memberikan komen ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menulis, "Daulat Tuanku". Manakala Facebook rasmi Nasi Lemak Wanjo juga tidak ketinggalan meninggalkan komen, "Alhamdulillah. Menjunjung kasih Tuanku sudi mencemar duli ke Restoran kami. DAULAT TUANKU."


Sumber

edit


Kongsikan berita ini