8 Julai 2020 (Rabu)
Washington D.C - Amerika Syarikat (A.S) secara rasmi keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tindakan itu dilakukan Presiden A.S, Donald Trump, selepas dia menghantar notis kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kerana tidak berpuas hati dengan WHO menangani pandemik Covid-19.
Sebelum ini, Trump mengugut untuk menghentikan saluran dana tahunan bernilai 400 juta dolar A.S (RM1.709 bilion) kepada WHO.
Penarikan itu akan berkuat kuasa pada 6 Julai 2021.
Sumber
edit- (Melayu) "AS sah tarik diri daripada WHO" — Berita Harian, 8 Julai 2020
- (Melayu) "AS tarik diri daripada WHO" — Harian Metro, 8 Julai 2020