Wn/ms/9 kes baharu dicatat kan di Malaysia hari ini

< Wn‎ | ms
Wn > ms > 9 kes baharu dicatat kan di Malaysia hari ini

01 Ogos 2020 (Sabtu)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat 9 kes Covid-19 baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,985 kes. 2 kes merupakan kes tempatan sementara 7 kes lagi merupakan kes import. Daripada 2 kes tempatan, 1 merupakan warganegara Malaysia manakala 1 lagi merupakan bukan warganegara Malaysia. Daripada 7 kes import, 5 merupakan warganegara Malaysia manakala 2 lagi merupakan bukan warganegara Malaysia.

3 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang sembuh di Malaysia adalah sebanyak 8,647 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 125 kes. Terdapat 213 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi hanya satu memerlukan alat bantuan pernafasan.