19 Jun 2020 (Jumaat)
Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 6 kes baharu dan menjadikan jumlah kes kumalatif ialah 8,535 kes. 70 kes pula telah pulih dan menjadikan jumlah kes pulih ialah 8,070 kes. Tiada kes kematian dicatatkan hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu bahawa satu kluster baharu telah dijumpa dan dinamakan Kluster Kidurong. Ketua Pengarah Kesihatan, Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut dikesan selepas seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) disahkan positif pada 12 Jun lalu. Sementara itu, beliau berkata Kluster Pasar Borang di Kuala Lumpur diisytiharkan tamat selepas 28 hari tanpa kes baharu.
Sumber
edit- "Kes baharu Covid-19 kembali kepada satu digit" — Sinar Harian, 19 Jun 2020
- "6 kes baru, 94.6 peratus pulih" — MalaysiaKini, 19 Jun 2020
- "Kidurong kluster terbaharu Covid-19" — Sinar Harian, 19 Jun 2020