5 Julai 2020 (Ahad)
Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa 5 kes Covid-19 baharu direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. 3 kes merupakan kes import sementara 2 lagi kes ialah kes tempatan.
4 kes dilaporkan pulih menjadikan jumlah kes Covid-19 yang pulih di Malaysia adalah sebanyak 8,465 kes. Tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes kematian kekal 121 kes. Terdapat 77 kes yang masih aktif sementara 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sumber
edit- (Melayu) "Lima kes baharu positif COVID-19" — Berita Harian, 5 Julai 2020
- (Melayu) "5 kes baharu, empat pulih" — Harian Metro, 5 Julai 2020
- (Melayu) "Situasi Terkini 05 Julai 2020" — Kementerian Kesihatan Malaysia, 5 Julai 2020