14 Julai 2020 (Selasa)
Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini memaklumkan bahawa 4 kes Covid-19 baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,729 kes. Kesemua empat kes tersebut merupakan kes import.
4 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kes yang pulih daripada Covid-19 adalah sebanyak 8,524 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 122 kes. Terdapat 83 kes Covid-19 yang masih aktif dan kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) meningkat kepada 6 kes tetapi hanya 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sumber
edit- (Melayu) "Situasi Terkini 14 Julai 2020" — Kementerian Kesihatan Malaysia, 14 Julai 2020