Wn/ms/3 kes Covid dicatatkan di Malaysia hari ini

< Wn | ms
Wn > ms > 3 kes Covid dicatatkan di Malaysia hari ini

29 Jun 2020 (Isnin)


Putrajaya - Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan bahawa 3 kes baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia 8,637 kes. 1 kes ialah kes import manakala 2 kes lagi ialah kes tempatan. Kesemua kes tempatan adalah daripada warganegara Malaysia.

Jumlah kes yang pulih hari ini pula ialah 16 kes menjadikan jumlah kes yang pulih 8,334 kes. Kes kematian kekal 121 kes. Jumlah kes yang berada di unit rawatan rapi meningkat kepada 4 kes manakala 1 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini