Wn/ms/2 lagi tentera Israel maut di Gaza

< Wn‎ | ms
Wn > ms > 2 lagi tentera Israel maut di Gaza

26 Disember 2023 (Selasa)


Bandar Gaza, Palestin – Tentera Israel pada hari Selasa melaporkan dua lagi askarnya terbunuh dalam pertempuran di Genting Gaza dengan kumpulan penentang Palestin.

Media awam Israel, KAN mengenal pasti askar yang terbunuh sebagai Staf Sarjan Elisha Yehonatan Lober, 24, dan Sarjan Kelas Pertama Joseph Yosef Gitarts, 25, dari Briged Berperisai Simpanan ke-179.

Angka kematian dalam tentera Israel sejak permulaan operasi darat di Genting Gaza pada 27 Oktober telah meningkat kepada 164 orang. Sementara itu, jumlah keseluruhan tentera Israel yang terbunuh sejak bermulanya konflik itu pada Oktober pula mencecah 491 orang.

Sumber edit