Wn/ms/18 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

< Wn | ms
Wn > ms > 18 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini

28 Jun 2020 (Ahad)


Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan 18 kes Covid baharu dicatatkan hari menjadikan jumlah kes Covid-19 sebanyak 8,634 kes. 4 kes ialah kes import manakala 14 kes lagi merupakan kes tempatan. Kesemua 14 kes tempatan bukan warganegara Malaysia.

Pada masa yang sama, 10 kes diisytiharkan pulih hari ini menjadikan jumlah kes pulih 8,318 kes. Kes kematian kekal 121 kes sementara jumlah kes yang masih aktif ialah 195 kes. 2 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber

edit


Kongsikan berita ini