Rencana ini merupakan rencana terjemahan. Sila lihat rencana asal di Wikiberita bahasa Perancis dengan tajuk "Union européenne : 130 milliards d'euro débloqués pour un plan de relance" dibawah Perlesenan Creative Commons Attribution 2.5. |
22 Jun 2012 (Jumaat)
ROM, Itali 22 Jun - Empat negara utama dalam zon Euro, Jerman, Sepanyol, Itali dan Perancis kini sedang mencari penyelesaian bagi krisis hutang dan pertumbuhan lembap yang sedang berlaku di negara-negara itu. Perbincangan antara negara itu telah berlangsung di Rom pada waktu tengah hari Jumaat. Wakil-wakil yang menghadiri perbincangan tersebut ialah Canselor Jerman, Angela Merkel, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, Perdana Menteri Itali, Mario Monti dan Presiden Perancis, François Hollande. Hasilnya 130 bilion euro diperlukan untuk merangsang pertumbuhan di kawasan Euro atau 1% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).
Sumber
edit- (Perancis) "Zone euro: 130 mds € pour la relance" — Le Figaro.fr, 22 Jun 2012
- (Perancis) "Monti, Merkel, Hollande et Rajoy au chevet de la zone euro" — Euronews, 22 Jun 2012