10 Julai 2020 (Jumaat)
Putrajaya - Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa sebanyak 13 kes Covid-19 baharu direkodkan menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak
8,696 kes. 8 kes merupakan kes import sementara 5 lagi kes merupakan kes tempatan. Daripada 5 kes tempatan tersebut, 4 kes ialah warganegara Malaysia manakala satu lagi kes ialah bukan warganegara Malaysia.
13 kes Covid-19 pulih hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia yang pulih adalah sebanyak 8,511 kes. Jumlah kes kemataian kekal 121 kes apabila tiada kes kematian direkodkan hari ini. Terdapat 64 kes yang masih aktif dan 2 daripada kes aktif tersebut berada di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sumber
edit- (Melayu) "Situasi Terkini 10 Julai 2020" — Kementerian Kesihatan Malaysia, 10 Julai 2020