Wn/ms/Perkeso bakal wujudkan pangkalan data khas untuk penggiat seni

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Perkeso bakal wujudkan pangkalan data khas untuk penggiat seni

13 Mei 2024 (Isnin)


Kuala Lumpur - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan pangkalan data khas untuk penggiat seni, khususnya dalam bidang perfileman yang akan memaparkan senarai pencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso Mohamad Haron Othman berkata pangkalan data itu akan membolehkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) melakukan semakan cepat dan tepat untuk mana-mana artis atau penggiat seni yang mencarum dengan Perkeso. "Kami akan mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak FINAS dalam menentukan cara mengintegrasikan data yang akan membolehkan FINAS melakukan semakan dan mendapatkan maklumat penggiat seni yang mencarum atau tidak mencarum dengan Perkeso".

Perkeso dan FINAS sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang akan menggariskan prasyarat untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso untuk kesemua penggiat seni dalam bidang perfileman berikutan ramai yang bekerja tanpa masa yang tetap, yang meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja. Di bawah memorandum ini, FINAS menaja sejumlah 4,500 penggiat seni di bawah skim Perkeso dengan caruman sebanyak RM23.30 seorang, dengan jumlah caruman yang ditaja sebanyak RM104,850. Kerajaan menanggung sebanyak 90 peratus bagi setiap pencarum dan bakinya ditanggung oleh FINAS.

Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata mereka telah menerima lebih 1,000 permohonan dari penggiat seni yang ingin mencarum di bawah skim SKSPS dan mereka akan didaftarkan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.


Sumber edit