Wn/ms/Media Rusia tertarik dengan pencapaian badminton Malaysia

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Media Rusia tertarik dengan pencapaian badminton Malaysia

17 Mei 2024 (Jumaat)

Kazan - Prestasi yang ditunjukkan kem badminton Malaysia di peringkat dunia menarik perhatian media Rusia, dan mereka membuat permintaan agar jaguh badminton Malaysia dapat melatih pemain-pemain Rusia.

Datuk Lee Chong Wei antara jaguh badminton Malaysia.
Imej: Antony Stanley.

Permintaan itu dibuat menerusi sidang media oleh Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, Profesor Dr. Maszlee Malik bersempena dengan Forum Ekonomi Antarabangsa ke-15 "KazanForum 2024: Rusia-Dunia Islam" di sini Rabu lepas. Permintaan yang dibangkitkan itu ditujukan kepada Dr. Maszlee dalam bahasa Russia dan diterjemah dalam bahasa Inggeris melalui jurubahasa.

Menurut Dr. Maszlee, beliau akan menyampaikan permintaan itu di peringkat Kementerian Belia dan Sukan bagi membolehkan jaguh badminton negara termasuklah Datuk Lee Chong Wei melatih pemain Rusia. Bercakap kepada media Malaysia selepas berakhirnya sidang media itu, Dr. Maszlee berkata ini adalah satu penghormatan kepada negara, selain merasa bangga dan sangat teruja.


Sumber edit