Wn/ms/Wikiberita:Panduan mencipta berita

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wikiberita:Panduan mencipta berita

Semua sekali, termasuklah anda, boleh menulis untuk Wikiberita! Apa yang anda perlukan ialah sambungan Internet, akses kepada pelayar web (kami beranggapan anda telah milikinya jika anda membaca panduan ini), serta masa, usaha dan kesanggupan anda untuk belajar beberapa kemahiran. Untuk huraian pendek yang menjelaskan kandungan rencana ini, lihat struktur rencana secara sekilas pandang.


Sebelum menulis edit

Adakah cerita anda itu sebuah berita? edit

Semak jika berita anda itu sesuai untuk penerbitan di Wikiberita, dan berlaku pada masa sekarang.

Adakah berita yang anda mahu tulis sudah diterbitkan? edit

Jikalau seseorang telah menulis rencana yang anda mahu tulis, kami syorkan untuk periksa rencana berita tersebut dan sunting ia jika anda rasa terdapat maklumat yang tidak lengkap dalam rencana berita tersebut. Untuk periksa sama ada rencana berita telah dicipta, boleh pergi ke Laman Utama atau Senarai Berita.