Wn/ms/Wall Street ditutup kukuh, NASDAQ capai paras tertinggi

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wall Street ditutup kukuh, NASDAQ capai paras tertinggi

24 Jun 2020 (Rabu)


New York - Pasaran saham Wall Street ditutup kukuh awal pagi tadi. Dow Jones menokok 131.14 mata atau 0.5% kepada 26,156.10 mata sementara S&P 500 naik 13.43 mata atau 0.43% kepada 3,131.29 mata manakala Russell 2000 naik 9.19 mata atau 0.64% kepada 1,442.72 mata.

Pada masa yang sama, indeks teknologi, NASDAQ, ditutup pada paras paling tinggi. Indeks itu juga mencapai paras intrahari tertinggi iaitu 10,221.85 mata. Peningkataan ini didorong saham-saham teknologi gergasi seperti Apple, Amazon dan Microsoft. Pada sesi penutupan, NASDAQ melonjak 74.89 mata atau 0.74% kepada 10,131.37 mata.

Sumber edit


Kongsikan berita ini