Wn/ms/Wajah terbaru Taman Warisan Melayu

< Wn‎ | ms
Wn > ms > Wajah terbaru Taman Warisan Melayu

26 Julai 2012 (Khamis)

SINGAPURA 26 Julai - Pengunjung bazar Ramadan di Muscat Street pasti tidak akan terlepas menatapi wajah baru Taman Warisan Melayu (TMW) yang terletak di Kampung Gelam. Bangunannya sudah dinaik taraf dan kawasannya kini lebih terbuka serta mudah dilihat oleh para pengunjung dari luar.

Ini setelah tembok yang memagari bekas Istana Kampung Gelam itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada ruang pintu masuk yang lebih besar dan mesra pengunjung. Projek yang menelan belanja sebanyak S$3 juta ini mula ditutup secara berperingkat sejak Mei 2011 lagi bagi melaksanakan projek tersebut.

Berbeza dengan konsep terdahulu, TMW bakal memberi penekanan kepada sejarah Kampung Gelam sebagai sebuah bandar pelabuhan yang sibuk dan pusat kebudayaan kepada masyarakat Melayu-Islam di Singapura.

Sumber edit