Wn/ms/PM Rishi Sunak minta maaf atas skandal kesihatan terburuk di UK

< Wn‎ | ms
Wn > ms > PM Rishi Sunak minta maaf atas skandal kesihatan terburuk di UK

21 Mei 2024 (Selasa)

Perdana Menteri UK, Rishi Sunak berkata ini adalah "hari yang paling memalukan seluruh Britain" semalam, setelah laporan diterbitkan mengenai siasatan awam skandal penggunaan darah yang telah tercemar dengan virus HIV oleh Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS). Sejumlah 30,000 orang pesakit dijangkiti virus HIV dan Hepatitis.

NHS.
Imej: Ethan Doyle White.

Laporan akhir yang diterbitkan itu menyalahkan ahli politik, doktor dan penjawat awam yang terpalit dengan skandal yang membawa kepada kematian dan keuzuran yang berterusan sehingga kini.

Bermula dari tahun 1970-an sehingga 1990-an, kegagalan pihak kesihatan membendung penggunaan darah yang telah dicemari dengan virus HIV dan Hepatitis telah menyebabkan kematian lebih 3,000 pesakit setakat ini.

Siasatan awam yang diketuai Sir Brian Langstaff juga mendedahkan ratusan penduduk mungkin telah dijangkiti semasa mereka berada di dalam kandungan dan mereka ini tidak mengetahui atau tidak melakukan pemeriksaan kesihatan sepanjang hayat mereka. Beliau juga mencadangkan agar pesakit yang pernah menjalani pemindahan darah sebelum tahun 1996 perlu melakukan pemeriksaan kesihatan bagi mengesan kehadiran Hepatitis C.

Berucap di Dewan Rakyat United Kingdom, Sunak mengatakan permohonan maaf bagi pihak kerajaan yang memerintah sejak dari bermulanya skandal hingga sekarang kepada seluruh rakyat Britain. Beliau juga berjanji akan membayar pampasan yang setimpal kepada rakyat yang terkesan dengan skandal ini.


Sumber edit